Selasa, 24 November 2009

Dugaan datang tanpa di duga...
Mungkin Allah saja nak uji sejauh mana kesabaran kita menghadapinya...
Tapi aku redha dengan ketentuanNya...
Mungkin ini akan buatkan aku lebih tabah menghadapi dugaan tersebut...


Isnin, 2 November 2009

Tah apa2 tah hehe

Salam...

Pagi ni, aku sengaja buka tenet... Yelah td aku penat sgt lepas g kenduri kwen kwn kpd kwn aku, kami g mkn kt slh 1 restoran makanan kt shpg compleks... Kwn aku belanja kmi mkn... Kami ada 4 org, 2 lelaki n 2 pompuan... Kira berpasangan la kononnya hehe... Actually dorg nih sama batch dg aku msa sekolah dulu... Lepas mkn, kmi tgk wayang sama2... Pas 2 balik, aku tukar t-shirt n terus g kenduri arwah bpa czen sblah mak aku...

Dlm2 kami berbincang n becrite td, ada sesuatu yg aku dpt dr dorg... Yelah dlu masa kecik2 bukannya kuar dg dorg pun... Even masa aku skolah rendah, sekolah agama yg sorg 2 je aku biasa sbb dia classmate aku... Masa sekolah menengah, aku dah xbiasa lg dg dorg... Mana xnya, kelas2 dah berasingan... Haa berbalik pada apa yg aku nak share td... Kwn aku 2 ada berbincang pasal hal2 kerja, hal semasa n benda2 yg xpnh aku terfikir langsung...

Bg aku, ada baiknya jugak kami berdiscuss pasal benda2 2 sbb mgkn kita ble kenal seseorg 2 melalui perbualan n perbuatan... Dr sinilah aku kenal n terfikir ada kebaikan jugak aku kuar dg kwn2 yg camni sbb aku dpt pelajari sesuatu yg baru n mgkn ble aku ambil jd iktibar...

Hmm aku bersyukur sgt2... Mgkn Allah dh bg aku sesuatu petunjuk n hidayah melalui mereka... MasyaAllah... Cuma yg tinggal, aku nak realisasikan je benda ni... Mgkn aku kena cuba pelan2... Apa benda 2??? Hmm ianya sesuatu yg berharga bg kita umat manusia... Hmm klah, aku nk tdo dah nie... Cow2...


Selasa, 27 Oktober 2009

Sesajer...

Salam...

Hmm lama dah aku tak update blog aku ni... Bukan apa, bnyk perkara yg berlaku kebelakangan ni... Sblm pose 2, kakak aku dikejarkan ke hospital... Darah dia naik sbb marah dg org2 disebabkan masalah kja... Masa ni, kandungan dia berusia 7 bulan lebih la... Tp alhamdulillah dia slmt melahirkan baby pompuan dg cara operation... Babynya xcukup bulan. Baby 2 cuma dimasukkan dlm warmer je... Nak cukupkan berat badan kta doktor... Skg usia baby kakak aku 2 dah menjangkau 3 bulan lebih... Berat mula2 dia dilahirkn 1.7 kg lbe je, skg ni dah menjangkau dkt 4 kg lah... Keajaiban Allah...
Poser tahun ni biasa2 jelh... Cuma bertambah 2 lg ahli kuarga selain baby kakak dan husbandnya. Makanan pun ala kadar je...
Raya pulak hmm adalah kelebihan dan kekurangannya. Cth kekurangannya ialah, baju raya aku utk tahun ni xda yg mak aku jahitkan dg tgn dia sendiri. Biasanya mesti ada 2 psg atau sepasang baju kurung yg mak buatkan. Tahun ni 2 psg yg upah org jahit, 1 blouse beli skali dg parionya, n blouse jarang... Dari segi kuih muih, 1 jenis je kuih yg aku buat... 2pun yg segera je... Cuma tambah butter je hehe... Percubaan pertama yg memberangsangkanlah... Walaupun rupa xseberapa @ xcntkla tp rasanya boleh tahan jugak la hehe... Kuih muih yg lain semuanya beli dan ada jg yg makcik bg... 1 lg tahun ni mak aku xdapat buat kuah kacang... Kuah kacang mak aku ni sedap tau... Bukan cam org lain buat 2, dia jadikan paste dlu... Kalau nak masak barulah tambah air, perasa dan sbgnya mengikut selera masing2... Tahun ni jugak langsir xbeli @ xtukar yg baru... ha dr segi kelebihannya pulak, aku dpt anak buah baru yahoo... Hepinya aku... Pompuan plk 2 hehehe... Dptlah jd kwn aku bila dia besar nanti huhu...
Walau apa pun kekurangan atau kelebihan raya tahun ni, aku tetap bersyukur sbb masih bernyawa hingga ke hari ini Alhamdulillah... Tahun ni jugak aku beraya bersama2 kwn2 lam yg 1 batch dg aku... Jumpa dg dorg adalah merupakan hal yg paling berharga bg aku... Yelah, masing2 dah berubah mengikut peredaran masa kan hehe... Tahun ni jugak, aku beraya sakan dg dorg... Dari pg smpailah ke mlm hehe... Teringat aku masa zaman aku kecik2 dulu... Suka sgt tdo umh czn n beraya mlm2... Bukan nk pow apa pun, nak pow angpow jer hehehe...
Hmm ok lah, aku on9 ni dr pjbt... Kang xpasal2 aku aku kena plak sebijik, lgpun dorg xtau aku ada blog nih hehehe...

Hmm nantilh aku update lg ok...
Sekian dr aku si burung hantu yg xtau tido mlm2... (@_@)
Salam...

Isnin, 27 Julai 2009

Luahan emo...

Aku Kembali, Menulis Di Sini...
Dalam Catatan Hidup Yang Tak Dimengerti Oleh Diriku Sendiri...
Namun... Aku Sendiri Pun Tak Pasti...
Kemana ArahKu Kan Pergi...

Cinta Kasih Suci Ini...
Telah Lama bersemadi Dalam Hati...
Kemana Harus Kubawa Pergi...
Ianya Tetap Kembali...

Susah Payah Kutanggung Sendiri...
Derita Gembira, Cuma Aku Yang Merasai...
Hanya KepadaMU Aku Pohoni...
Semoga Kau Tenangkanlah HatiKu Ini...

AMIN... AMIN... YA RABBAL ALAMIN...

9.04 am... kt tmpt kja...

Jumaat, 10 April 2009

12 Perkara Tentang Cinta...

1. Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan,mengapa pengorbanan itu bukan nokhtah sebuah cinta?
Andai kata derita itu harga sebuah cinta, mengapa cinta itu semakin sukar dimiliki?
Cinta seumpama kota kristal indah di penglihatan derita di perasaan.

2. Ada orang pada mulanya malu untuk jatuh cinta tapi bila perasaan menjadi rindu padanya,
tiba-tiba perasaan malu itu menjadi hilang dengan sendirinya dan terpaksa menerima
kenyataan yang sebenarnya bahawa anda telah jatuh cinta.

3. Gerak geri memberi pengertian kepada perasaan yang tidak terucap oleh kata-kata.

4. Cinta yang di semadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali.
Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan di kecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.
Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.

5. Cinta yang datang umpama pelangi ceria dengan 7 warna memukau saat bayu berlagu riang,
tika itulah cintanya hadir. Apabila mata terlihat seseorg yang bakal mewarnai hidupnya.

6. Cinta bukan paksaan. Ia lahir dari dua perasaan, kehadirannya tidak diundang,
perginya tiada yang merelakan kerana ia terlalu sukar untuk dimengertikan.

7. Persahabatanbiasanya berakhir dengan percintaan tetapi percintaan tidak pernah berakhir dengan persahabatan.

8. Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan.
Cinta bukan mengajar menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan.
Cintabukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat.

9. Apakah sebenarnya cinta itu? Cuba katakan. Tak lain tak bukan ialah dua jiwa
dlm satu fikiran dan dua hati dlm satu debaran.

10. Cetusan cinta pertama merupakan suatu getaran yg sangat menggoncangkan jiwa.

11. Kadangkala kita menyedari betapa dalamnya kita menyintai seseorang, disaat kita sedang kehilangannya.
Dan kadangkala kita juga menyedari betapa perlunya cinta seseorg terhadap kita, disaat kita amat memerlukannya.

12. Cinta yang lahir dari pandang pertama adalah cinta suci,
manakala perasaan cinta yang lahir dr kemesraan persahabatan adalah cinta sejati.
Namun sukar untuk membezakan yg mana lebih abadi, cinta suci atau cinta sejati.

Isnin, 9 Mac 2009

Panduan Kaum ADAM...

PANDUAN UNTUK KAUM ADAM!!

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepul€uh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

Bila kita syg org 2

Biler kiter syg org tu
Kita tnggu dia lame pn x per
Tp biler dia tnggu kiter???dia mrh2
Ati kate ala, adatlah ada yang mnnunggu n dtnggu

Biler kiter syg org tu
Kiter x tdo pn x pe lyn dia yg ngah bsn,
Tp biler kite bosan Ada dia lyn kiter?
Ati kate x pe dia busy kott

Biler kiter syg org tu
Kita gdh ngan dia, kita dim je
Tp dia heboh 1 dnia
Ati kate x pe, dia tension tuu

Biler kiter syg org tu
Kita kol nak ckp ngan dia
Tp dia bg phone kat org lenn atau matikan
Biler jd cm2, x pe
Ati kata, x pe, lyn je, kwn dia, kwn kiter gak

Biler kiter syg org tu
Kita bercerita dgn dia,citer ngan
tunggul lg baik
Tp biler dia bercerita ngan kita
Kita dgr, sepatah2 kite kena ingt...klu x ingat kita yang kena marah
Ati kata x pe syg katakn…

Biler kiter syg org tu
Kita n dia lpr
Tp kiter bg sume roti kita kat dia
Ati kata, ala jagalh ati dia, sian dia….

Biler kiter syg org tu
Kiter sanggup bg dia rest biler dia letih,
Tp biler kita letih, dia srh jugak kiter
lyn dia bila dia bsn
Adil ker? Ati kata, ala bukan selalu pun..

Biler kiter syg org tu
Kita jadi cam org giler dngr dia sakit,
Tp biler kita sakit,
Dia siap kuar ngan kwn2 dia meraikan
hari kesakitan kita,
Ati kata, ala x pe, x kn dia nak
berkepit ngan kita 24 jam

Biler kiter syg org tu
Kita x prnh pntingkan diri sndri
Tp dia hpokrit thp ngaban
Ati kata x per, dia mmg cm2 kene lah trima..

Biler kiter syg org tu
Kiter syg nk tngglkn dia slama2nya
Tp dia x tahu kiter berdpn dgn maut,
Wlpn kiter skt,dia kata kat kiter,sakit
bese2 jer, jgn nk mngrt
Ati kata, cmnelah dia biler kiter x de,
msti dia hepi

Biler kiter syg org tu
Kiter x snggp tngk dia derita
Tp dia x prnh hargai diri kiter,
Ati kata, tau x btapa kita syg kan dia????

Biler kiter syg org tu
Kiter snggup tngglkn dia selaam2nya untk dia bhgia
Tp adkh dia tahu pngrbnn kiter??
Ati kata, x pe, janji dia bhgia

Dan……
Biler kiter dh tngglkn dia selaam2nya
Dia dtg ziarah pusara kiterr
Dia kata Dia mintak maaf sebab pernah mngata kiter
Dia mintak maaf sebab pernah bt kiter tnggu dia
Dia mintak maaf sebab pernah pksa kita lyn dia time bsn
Dia mintak maaf sebab pernah heboh 1 dnia slh kiter
Dia mintak maaf sebab pernah x hiraukn kol kiter
Dia mintak maaf sebab pernah x dgrluahan ati kiter
Dia mintak maaf sebab pernah bt kiter klprn sbb dia
Dia mintak maaf sebab pernah gnggu waktu rht kiter
Dia mintak maaf sebab x pernah hiraukn skt kiterr
Dia mintak maaf sebab pernah pntingkn diri dia sndri
Dia mintak maaf sebab x prnh tngk pnderitaan kiter

Biler kiter syg org tu

Khamis, 5 Mac 2009

Tolong!!!...

Tolong ingatkan aku,
cinta agung adalah cintaNya..
jangan mencintainya lebih dari menyintai Yang Maha Esa..
jangan mengingati dia lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong ingatkan aku dan beritahu dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Ingatkan aku, dahulukan ibu bapa kerana di telapak itu syurganya..
Tolong katakan pada si dia, aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia, aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia, aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong ingatkan aku, bila aku mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..
Tolong sedarkan aku, Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia, aku masih milik keluarga..

Tolong sabarkan aku, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan aku, andai diri nya enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya..
Tolong pesan padanya, aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya, aku tidak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya, aku membiarkan Yang Esa menjaganya dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia, aku tidak mahu melekakan dia
Tolong khabarkan pada si dia, aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia, kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri..

beritahu padanya aku sediakan ruang dan waktu untuk dia mengingatiku walaupun secebis dalam memori hariannya...


Hanya Engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..Moga pesanku sampai padanya walau aku sendiri tidak tahu siapa dan di mana si dia sebenarnya..Moga dia seorang yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa dan bertemu diriku yg hanya seorang manusia biasa..Simpanlah pesananku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti..

Ahad, 8 Februari 2009

Perkongsian Bersama


Rahsia Bulan Kelahiran

Rahsia Mengikut Bulan Kelahiran YBhg Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah
Berikut disenaraikan kajian mengenai bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan oleh yang Berbahagia Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah.


JANUARI
* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
* Pandai mengambil hati orang lain.
* Pendiam kecuali telah dirangsang.
* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
* Cukup sayang pada kanak-kanak.
* Suka duduk di rumah.
* Setia pada segala-galanya.
* Perlu belajar kemahiran bersosial.
* Sifat cemburu yang sangat tinggi


FEBRUARI
* Berfikiran abstrak.
* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
* Bijak dan pintar
* Berpewatakan yang mudah berubah.
* Mudah menawan orang lain.
* Agak pendiam.
* Pemalu dan rendah diri.
* Jujur dan setia pada segalanya.
* Keras hati untuk mencapai matlamat.
* Tidak suka dikongkong.
* Mudah memberontak apabila dikongkong.
* Suka kegiatan yang lasak.
* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
* Mudah mempamerkan marahnya.
* Tidak suka benda yang remeh-temeh.
* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
* Sangat berani dan suka memberontak.
* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka hiburan dan sukan.
* Suka benda yang bersifat seni.
* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
* Belajar untuk mempamerkan emosi


MAC
* Berpesonaliti menarik dan menawan.
* Mudah didampingi.
* Sangat pemalu dan pemendam rasa.
* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
* Suka pada kedamaian.
* Sangat peka pada orang lain.
* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
* Tidak cepat marah dan sangat amanah.
* Tahu membalas dan mengenang budi.
* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
* Suka berangan-angan.
* Suka melancong.
* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
* Kelam kabut dalam memilih pasangan.
* Suka dengan hiasan rumahtangga.
* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan.


APRIL
* Sangat aktif dan dinamik.
* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
* Punya daya mental yang sangat kuat.
* Suka diberi perhatian.
* Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
*Sangat berani dan tiada perasaan takut.
* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
* Emosi cepat terusik.
* Cuba kawal perasaan.
* Kecenderungan bersifat pendendam.
* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
* Kuat daya ingatan.
* Gerak hati yang sangat kuat.
* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
* Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
* Sangat cemburu dan terlalu cemburu.


MEI
* Keras hati & degil.
* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
* Pemikiran yang tajam.
* Mudah marah apabila tidak dikawal.
* Pandai menarik hati & perhatian orang lain.
* Perasaan yang amat mendalam.
* Cantik dari segi mental & fizikal.
* Tidak perlu dimotivasikan.
* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
* Mudah dipujuk.
* Bersikap sistematik (otak kiri).
* Suka berangan.
* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
* Daya khayalan yang tinggi.
* Permikiran yang tajam.
* Pandai berdebat.
* Fizikal yang baik.
* Kelemahan sistem pernafasan.
* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
* Tidak berapa suka duduk di rumah.
* Tidak boleh duduk diam.
* Tidak punya ramai anak.
* Rajin dan bersemangat tinggi.
* Agak boros.

JUN
* Berfikiran jauh & berwawasan.
* Mudah ditawan kerana sikap baik.
* Berperangai lemah lembut.
* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
* Idea yang terlalu banyak di kepala.
* Bersikap sensitif.
* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
* Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
* Bersikap suka menangguh-nangguh.
* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
* Cepat marah & cepat sejuk.
* Suka bercakap & berdebat.
*Suka buat lawak & bergurau.
* Otaknya cerdas berangan-angan.
* Mudah berkawan & pandai berkawan.
* orang yang sangat tertib.
* Pandai mempamerkan sikap.
* Mudah kecil hati.
* Mudah kena selsema.
* Suka berkemas.
* Cepat rasa bosan.
* Sikap terlalu memilih & cerewet.
* Kurang mempamerkan perasaan.
* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
* Suka pada barang yang berjenama.
* Mudah menjadi eksekutif.
* Kedegilan yang tidak terkawal.
* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

JULAI
* Sangat suka didamping.
* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
* Agak pendiam kecuali dirangsang.
* Ada harga dan maruah diri.
* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
* Sangat menjaga hati orang lain.
* Sangat peramah.
* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
* Berjiwa sentimental.
* Jarang berdendam.
* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
* Tidak suka benda remeh-temeh.
* Membimbing cara fizikal dan mental.
* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
* Layanan yang serupa terhadap semua orang.
* Tinggi daya simpati.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
* Mudah dan rajin belajar.
* Suka muhasabah diri.
* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
* Suka mendiamkan diri.
* Suka duduk di rumah.
* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
* Tidak agresif kecuali terpaksa.
* Lemah dari segi kesihatan perut.
* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
* Minta disayangi.
* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
* Terlalu mengambil berat.
* Rajin dalam membuat kerja


OGOS
* Suka berlawak.
* Mudah tertawan padanya.
* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
* Berani dan tidak tahu takut.
* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
* Pandai memujuk orang lain.
* Terlalu pemurah & bersikap ego.
* Nilai harga diri yang sangat tinggi.
* Dahagakan pujian.
* Semangat juang yang luar biasa.
* Cepat marah & mudah mengamuk.
* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
* Sangat cemburu.
* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
* Cepat berfikir.
* Fikiran yang berdikari.
* Suka memimpin & dipimpin.
* Sifat suka berangan.
* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
* Belajar untuk bertenang.
* Sikap kelam kabut.
* Romantik, pengasih dan penyayang.
* Suka mencari kawan


SEPTEMBER
* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
* Sangat cermat, teliti & teratur.
* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
* Pendiam tapi pandai bercakap.
* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
* Sangat sensitif yang tidak diketahui.
* orang yang banyak berfikir.
* Daya pentaakulan yang baik.
* Otak bijak & mudah belajar.
* Suka mencari maklumat.
* Kawal diri dari terlalu mengkritik.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
* Suka sukan, hiburan & melancong.
* Kurang menunjukkan perasaannya.
* Terluka hatinya sangat lama disimpan.
* Terlalu memilih pasangan.
* Sukakan benda yang luas.
* Bersistematik

OKTOBER
* Suka berbual.
* Suka orang yang sayang padanya.
* Suka ambil jln tengah.
* Sangat menawan & sopan santun.
* Kecantikan luar & dalam.
* Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
* Sentiasa berkawan.
* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
* Cepat marah.
* Macam pentingkan diri sendiri.
* Tidak menolong orang kecuali diminta.
* Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
* Tidak suka terima pandangan orang lain.
* Emosi yang mudah terusik.
* Suka berangan & pandai bercakap.
* Emosi yang kelam kabut.
* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
* Suka melancong, bidang sastera & seni.
* Pengasih, penyayang & lemah lembut.
* Romantik dalam percintaan.
* Mudah terusik hati & cemburu.
* Ambil berat tentang orang lain.
* Suka kegiatan luar.
* orang yang adil.
* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
* Mudah patah semangat

NOVEMBER
* Banyak idea dalam perkara.
* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
* Berfikiran kehadapan.
* Berfikiran unik dan bijak.
* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
* Pemikiran yang tajam.
* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
* Sesuai jadi seorang doktor.
* Cermat dan teliti.
* Personaliti yang dinamik.
* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
* Terlalu degil dan keras hati.
* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
* Tak suka marah kecuali digugat.
* Mudah ambil berat terhadap orang lain.
* Pandai muhasabah diri.
* Cara berfikir yang lain dari orang lain.
* Otak yang sangat tajam.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Tidak hargai pujian.
* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
* Cuba sampai berjaya.
* Badan yang sasa.
* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
* Suka duduk d irumah.
* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
* Bercita-cita tinggi.
* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER
* Sangat setia dan pemurah.
* Bersifat patriotik.
* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
* Bercita-cita tinggi.
* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
* Seronok bila didampingi.
* Suka bercampur dengan orang.
* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
* Tidak pandai berpura-pura.
* Cepat marah.
* Perangai yang mudah berubah-ubah.
* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
* Benci pada kongkongan.
* Suka berlawak.
* Pandai buat lawak dan berfikiran logik.

Ahad, 11 Januari 2009

Sms yg aku terima dr kwn2...

1. Kalau kamu sorg Muslim, jgn kata 'Mosque' tapi Masjid krn Organisasi Islam menemukan bahawa 'Mosque'=nyamuk!, jgn tulis 'mecca' tapi 'Mekah' krn 'mecca'=rumah anggur/bir. Jgn tulis 'mohd' tp tulislah dgn lengkap 'Muhammad' krn 'mohd'=anjing bermulut besar!. Jgn tulis '4JJI' tapi tulislah 'ALLAH SWT' krn '4JJI'=For Judas Jesus Isa Al-masih. Jgn tulis askum, akum tp tulislah lengkap Assalamualaikum@Salam krn 'askum'=celakalah kamu. Tlg sebarkan pd muslim lain semampu anda.

2. Kita sering mahukan hari yg CERAH, tetapi Allah lebih mengetahui HUJAN perlu diturunkan. Kita inginkan KESERONOKAN, tapi KESUSAHAN itu yg mengajar KEHIDUPAN. Kita inginkan KETENANGAN hakikatnya manusia tak dpt lari drpd KESILAPAN. Semua itu bukan HUKUMAN tp adalah tanda kasih syg Allah agar kita lebih BERIMAN.

3. Jika kau berteman dgn seorang teman yg memiliki rasa cinta, maka jadilah engkau spt org yg penuh kasih syg. Jgnlah menghitung semua kesalahan setiap org, kerana engkau akan tinggal sepanjang zaman tanpa teman-Ibnu Mubarak. Keikhlasan perlukan perjuangan yang sukar dan ketaqwaan yg tinggi. Sama-sama kita mulakan awal Hijrah kali ini dgn yg terbaik, moga-moga diredahaiNya. Amin.

4. A beautiful life doesn't just happen. It is built daily, in prayer, humility, sacrifice and love. May a beautiful life be your this coming new year.

5. Tolong bacakan LAILAHAILLALLAH, ALLAHUAKBAR & SURAH AL-IKHLAS 3x utk Masjid Al-Aqsa yg sdg dikepung oleh Israel.