Khamis, 5 Mac 2009

Tolong!!!...

Tolong ingatkan aku,
cinta agung adalah cintaNya..
jangan mencintainya lebih dari menyintai Yang Maha Esa..
jangan mengingati dia lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong ingatkan aku dan beritahu dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Ingatkan aku, dahulukan ibu bapa kerana di telapak itu syurganya..
Tolong katakan pada si dia, aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia, aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia, aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong ingatkan aku, bila aku mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..
Tolong sedarkan aku, Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia, aku masih milik keluarga..

Tolong sabarkan aku, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan aku, andai diri nya enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya..
Tolong pesan padanya, aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya, aku tidak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya, aku membiarkan Yang Esa menjaganya dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia, aku tidak mahu melekakan dia
Tolong khabarkan pada si dia, aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia, kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri..

beritahu padanya aku sediakan ruang dan waktu untuk dia mengingatiku walaupun secebis dalam memori hariannya...


Hanya Engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..Moga pesanku sampai padanya walau aku sendiri tidak tahu siapa dan di mana si dia sebenarnya..Moga dia seorang yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa dan bertemu diriku yg hanya seorang manusia biasa..Simpanlah pesananku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti..

Tiada ulasan: