Khamis, 31 Julai 2008

Post yg aku dpt dr laman web...

APA BILA SEMUA NYA TAK KENA .

Apabila semuanya serba tak kena, dan apabila anda tidak tahu apa lagi yg hendak dibuat... Ingatlah... Anda masih boleh bersandar kepada Dia yg maha mengasihi...

Apabila hidup diselubungi kegelapan, dan semuanya silap.... Carilah sinar itu dariNya yg memberi cahaya...

Apabila dibelenggu masalah sedangkan tiada siapa yg mengambil peduli... Ingatlah.... pada Dia yg tidak pernah melukakan hatimu....

Apabila hati terluka dan kesakitan itu menumbangkan kudratmu... Janganlah berputus asa kerana Dia melihat segala-galanya...

Apabila lemah tidak bermaya... Sedangkan perjalanan masih jauh yang perlu diharungi... Carilah kekuatan itu daripadaNya yg maha kuasa...

Apabila hidup ini dirasakan seperti beban dan segalanya goyah... Bangunkanlah semula kota semangat itu dengan keyakinan bahawa itu adalah iradahNya....

Apabila jalan dihadapan digelapi mendung.... Sedangkan tiada siapa di sisi sudi menemanimu... Carilah jalan lurus itu daripadaNya yg menjadi satu-satu panduan hidup...

Apabila orang disekeliling tidak mahu mendengar suaramu dan keluhanmu... Jangan kecewa kerana Dia maha mendengar...

Apabila miskin dan papa, anda terperangkap dlm keperitan... Ingatlah kepadaNya yang maha kaya....

Apabila kau dalam kedukaan... Sedangkan tiada tempat utk melarikan diri... Mengadulah kpdNya yg maha satu...

Apabila keseorangan dan kedukaan itu seperti tiada penghujungnya... Serahkan dirimu kpdNya satu-satunya tempat yg boleh bergantung harap...

Dan apabila parut lukamu dicederakan lagi.... Hatimu dicakari kebimbangan... Ingatlah bahawa Dia sentiasa bersama orang-orang yg sabar...

Jiwa resah, kelam dan tak selamat... Memberontak di dalam kotak hati... Hati penuh dengan sengsara... Sikap dan sifat yang tak bertawakal... Akibat jauh dari kedamaian...
Perlu dilepaskan jauh perasaan... Agar dapat ku gapai... Ketenangan... Keamanan... Kedamaian...

Oh... pejamkanlah matamu seketika... Agar kau dapat mengeluh... Menghembus udara keresahan... Agar lapang jiwa nan sempit... Agar bebas hati yang tersepit...

Dan akhirnya kau akan rasa... Satu kedamaian...Yang diberikan Oleh Allah s.w.t., sang pengciptaan Mu, Melalui Solat yang Khusuk mu itu. Alhamdullilah .(Segala Puji Bagi Allah s.w.t.)

Tiada ulasan: